Rabu, 30 Mac 2016

Kesan Sistem Pengangkutan Terhadap Alam Sekitar

Kesan Sistem Pengangkutan Terhadap Alam Sekitar

 


Antara kesan - kesannya adalah :

Pencemaran udara :

Kesan Rumah Hijau; Gas-gas rumah hijau yang dikeluarkan dari kenderaan akibat pembakaran yang tidak lengkap dalam sistem enjinnya iaitu mengeluarkan banyak karbon monoksida.

 Jerebu; Asap yang dikeluarkan oleh kenderaan


Penipisan lapisan ozon; gas karbon dioksida meningkat dalam atmosfera oleh kerana pertambahan bilangan kenderaan bermotor yang mempengaruhi pertambahan hablur ais dan mempercepatkan proses penipisan lapisan ozon.

Terbentuknya Pulau Haba; Asap kenderaan yang tidak terkawal


 Pencemaran Laut :

Pencemaran laut; akibat oleh tumpahan minyak dari kapal;  contohnya, tumpahan berlaku apabila kapal mengepam ketika dalam pelayaran.
Contoh yang lainnya, tumpahan berlaku apabila kapal tangki tenggelam/ berlanggar.

Pencemaran Bunyi 

Pencemaran bunyi; bunyi enjin yang dikeluarkan oleh  kenderaan bermotor  spt kereta, motor, kapal terbang;Bunyi hon yang dikeluarkan oleh pemandu yang tidak bertanggungjawab. 

Pencemaran Tanah 

Pencemaran tanah; penerokaan tanah dan penebangan tujuan untuk membina jaringan pengangkutan. Contohnya, kawasan hutan ditebang untuk membina jalan raya; memgakibatkan banjir kilat, menyumbang kepada pemendapan, hakisan tanah dan lain - lain.
 

Ahad, 27 Mac 2016

Proses Kajian Geografi

Proses Kajian 
 











Terdapat 3 bahagian dalam tugasan di PT3 Geografi iaitu :
1. Perancangan (10 markah)
: Pelajar dikehendaki untuk menyediakan perancangan yang sangat lengkap, tepat dan realistik serta mempamerkan sikap bersungguh-sungguh untuk mendapatkan markah penuh. 
: Perancangan merangkumi :
  • Jadual Kerja
  • Pengagihan Kerja ( digalakkan dibuat sebagai carta alir)
  • Objektif Kajian
  • Kaedah Kajian

2. Proses Awal (20 markah)
: Pelajar dikehendaki mengumpul maklumat daripada pelbagai sumber dengan menggunakan kaedah yang relevan dan menyatakan sumber rujukan.
: Keseluruhan data dan maklumat mestilah relevan dan asli untuk mendapatkan markah penuh.
: Proses awal perlulah ada :
  • sekurang-kurangnya 10 borang soal selidik sebagai bukti pelajar menjalankan kajian
  • senarai rujukan
  • gambar jika berkenaan

3. Proses Akhir (70 markah)
: Melibatkan markah paling banyak dalam kajian. Pembahagian markah adalah seperti berikut :
  • Grafik (10 markah) : Grafik mestilah mengikut susunan yang betul, lengkap dan kritis merangkumi tajuk, idea utama dan maklumat yang tepat. 
  • Konsep (5 markah) : Konsep perlu dihurai dengan tepat beserta contoh.
  • Punca/Faktor (15 markah) : Menghuraikan punca kejadian yang berkaitan dengan jelas dan teratur serta menunjukkan keaslian dan kritis. Punca mestilah mempunyai fakta yang relevan, huraian yang sesuai serta contoh melibatkan kawasan kajian.
  • Kesan (20 markah) : Menghuraikan kesan kejadian yang berkaitan dengan jelas dan teratur serta menunjukkan keaslian. Kesan juga mestilah mempunyai fakta yang relevan, huraian yang sesuai serta contoh melibatkan kawasan kajian.
  • Langkah Mengatasi/Cadangan (20 markah) : Langkah mengatasi/cadangan mestilah relevan dan huraian yang sangat tepat untuk mendapatkan markah penuh. 

Kepentingan Jaringan Pengangkutan & Perhubungan di Malaysia

   KEPENTINGAN JARINGAN PENGANGKUTAN & PERHUBUNGAN DI MALAYSIA




A)           EKONOMI

1.             Mengangkut hasil ptanian ke pasaran

-          Kawasan penanaman padi spt Dataran Kedah & Delta Kelantan dilengkapi jln raya utk angkut padi ke kilang @ pasaran.

2.             Mengembangkan sektor perindustrian

-          Jaringan p’angkutan diguna utk m’angkut bh mentah ke kilang & brg siap ke pasaran.

-          Cth : Bayan Lepas, Nilai & Kuching

3.             Mengembangkan sektor pbalakan

-          Angkut kayu balak guna jln darat & jln air
             Cth: Sg. Kinabatangan & Sg. Pahang


4.             Memajukan sektor pelancongan

-          Pbinaan jln raya mbolehkan pelancong mngunjungi destinasi pelancongan di pedalaman spt Tmn Ngra, Tnh Tinggi Genting & Bkt Fraser.

-          Pulau peranginan spt Pulau Langkawi dihubungkan dgn tanah besar melalui pkhidmatan feri & kapal terbang.

5.             Memajukan sektor perdagangan

-          Melalui jln laut & jln udara

-          Pbinaan pelabuhan spt Pelabuhan Klang meningkatkan kgiatan eksport & import

6.             Mengembangkan k-ekonomi & e-dagang

-          Melalui pgunaan teknologi maklumat & komunikasi

-          Pjualan & pbelian brgan lebih mudah & efisien

7.             Meningkatkan pelaburan asing

-          Melalui teknologi maklumat & komunikasi

-          Penyebaran mklmt tentang peluang pelaburan di M’sia kpd pelabur di seluruh dunia melalui laman web

B)            SOSIAL

1.             Meningkatkan mobility penduduk

-            Melalui pbinaan jaringan jln raya, landsan k/api & penyediaan pkhidmatan udara yg cekap.

2.             Meningkatkan Integrasi nasional

-          Melalui pkhidmatan udara yg disediakan oleh Sistem Penerbangan M’sia (MAS) & Sykt Air Asia dpt meningkatkan integrasi antara pduduk S’jung M’sia, Sabah & S’wak.

3.             Keperluan kes kecemasan & bencana alam

-          Cth: a) phantaran pesakit dr kawasan l/bdr ke bdr utk mdptkan rawatan (jln raya & jln udara)

        b) usaha pemantauan banjir mgunakan helicopter.

4.        e-pembelajaran

- kmdhan pdidikan dpt diperolehi scra e-pembelajaran melalui penubuhan university maya spt Uni. Tun Abdul Razak.

- telesidang mbolehkan mklmt disampaikan secara terus.

5.        Kemudahan Teleperubatan

- cth hospital yg ada teleperubatan ialah Hosp. Uni. Kebangsaan M’sia

- mbolehkan pduduk mdapat mklmt tentang penyakit drp doctor pakar

- doctor pula dpt bkomunikasi antara 1 sama lain utk mbincangkan pnyakit kronik & kaeadh rawatan tbaik.
 
 
C)            PETEMPATAN

1.             Wujud petempatan baru

-          Cth : Seremban Selatan (N.9) & Ayer Keroh (Melaka)

2.             Pkembangan petempatan di pedalaman

-          Cth : Sg. Kinabatangan mewujudkan petempatan di Beluran (Sabah)

          Sg. Rajang mwujudkan petempatan di Kapit (S’wak)

3.             Bandar baru

-          Cth : Bandar Dengkil & Pekan Sepang bkembang akibat lapangan terbang spt KLIA.

 
D)           ALAM SEKITAR

1.             Mewujudkan kawasan eko pelancongan

-          Cth: pbinaan jln raya ke Tnh Tinggi Cameron (Pahang) & Gua Niah (S’wak) memudahkan pelancong utk mengunjungi kawasan tsebut.

2.             Pemantauan alam sekitar & mmbuat pelan tindakan alam sekitar

-          Melalui pgunaan satelit, imej diperolehi.

-          Cth : memantau kebakaran & kejadian jerebu

Khamis, 17 Mac 2016

Tahap Ketersampaian

Maksud/Konsep Tahap Ketersampaian



Tahap ketersampaian boleh ditakrifkan sebagai tahap atau peringkat sesuatu keadaan sama ada kawasan itu mudah atau sukar untuk dihubung. Kampung Kemuting merupakan sebuah kawasan yang mudah untuk dihubungi kerana jalan melalui kampung ini merupakan jalan utama ke Pekan Pasir Puteh dengan Negeri Terengganu selain  juga mempunyai tahap ketersampaian yang baik dengan adanya jaringan pengangkutan yang canggih.

Kesan Tahap Ketersampaian Penduduk melalui  Perkembangan Jaringan Pengangkutan 

Manusia & Alam Sekitar  (Kesan Positif )

- Perjalanan lebih selesa; pengangkutan darat spt Jalan raya yang diturap permukaannya 

- Perjalanan lebih selamat; pembinaan lorong berkembar, dan R&R

- Jalan raya meningkatkan tahap ketersampaian penduduk kepada sesuatu tempat terpencil;

- Lebuh raya memendekkan jarak dan mempercepatkan masa perjalanan

- Pencemaran udara berkurang; monorel, LRT dibina dan tidak mengeluarkan asap 

- Pencemaran bunyi berkurang; rel elektrik dibina yang tidak mengurangkan pengeluaran bunyi

Kesan Negatif

- Kesesakan lalu lintas; pertumbuhan pesat ekonomi dan penduduk

- Pencemaran udara; asap dari ekzos kenderaan

- Pencemaran bunyi; bunyi enjin - enjin kenderaan bermotor yang kuat dan bising



Langkah - langkah untuk mengatasi masalah : 

-  Menggunakan kenderaan yang menggunakan kuasa elektrik- mengawal sumber yang tidak boleh diperbaharui daripada habis spt petroleum

-  Berkongsi kenderaan atau menaiki pengangkutan awam ke sesuatu tempat - mengelakkan kesesakan lalu lintas

- Menguatkuasaan undang² - mengawal pengeluaran bunyi berlebihan oleh kenderaan berat/motosikal

- Menggunaan catalytic converter dalam ekzos kenderaan- menukar karbon monoksida yang beracun kepada karbon dioksida

- Kempen Penggunaan Petrol Tanpa Plumbum - mengurangkan pelepasan asap kenderaan