Proses Kajian
Terdapat 3 bahagian dalam tugasan di PT3 Geografi iaitu :
1. Perancangan (10 markah)
: Pelajar dikehendaki untuk menyediakan perancangan yang sangat lengkap,
tepat dan realistik serta mempamerkan sikap bersungguh-sungguh untuk
mendapatkan markah penuh.
- Jadual Kerja
- Pengagihan Kerja ( digalakkan dibuat sebagai carta alir)
- Objektif Kajian
- Kaedah Kajian
2. Proses Awal (20 markah)
: Pelajar dikehendaki mengumpul maklumat daripada pelbagai sumber dengan
menggunakan kaedah yang relevan dan menyatakan sumber rujukan.
: Keseluruhan data dan maklumat mestilah relevan dan asli untuk mendapatkan markah penuh.
: Proses awal perlulah ada :
- sekurang-kurangnya 10 borang soal selidik sebagai bukti pelajar menjalankan kajian
- senarai rujukan
- gambar jika berkenaan
3. Proses Akhir (70 markah)
: Melibatkan markah paling banyak dalam kajian. Pembahagian markah adalah seperti berikut :
- Grafik (10 markah) : Grafik mestilah mengikut susunan yang betul, lengkap dan kritis merangkumi tajuk, idea utama dan maklumat yang tepat.
- Konsep (5 markah) : Konsep perlu dihurai dengan tepat beserta contoh.
- Punca/Faktor (15 markah) : Menghuraikan punca kejadian yang berkaitan dengan jelas dan teratur serta menunjukkan keaslian dan kritis. Punca mestilah mempunyai fakta yang relevan, huraian yang sesuai serta contoh melibatkan kawasan kajian.
- Kesan (20 markah) : Menghuraikan kesan kejadian yang berkaitan dengan jelas dan teratur serta menunjukkan keaslian. Kesan juga mestilah mempunyai fakta yang relevan, huraian yang sesuai serta contoh melibatkan kawasan kajian.
- Langkah Mengatasi/Cadangan (20 markah) : Langkah mengatasi/cadangan mestilah relevan dan huraian yang sangat tepat untuk mendapatkan markah penuh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan