Khamis, 17 Mac 2016

Tahap Ketersampaian

Maksud/Konsep Tahap Ketersampaian



Tahap ketersampaian boleh ditakrifkan sebagai tahap atau peringkat sesuatu keadaan sama ada kawasan itu mudah atau sukar untuk dihubung. Kampung Kemuting merupakan sebuah kawasan yang mudah untuk dihubungi kerana jalan melalui kampung ini merupakan jalan utama ke Pekan Pasir Puteh dengan Negeri Terengganu selain  juga mempunyai tahap ketersampaian yang baik dengan adanya jaringan pengangkutan yang canggih.

Kesan Tahap Ketersampaian Penduduk melalui  Perkembangan Jaringan Pengangkutan 

Manusia & Alam Sekitar  (Kesan Positif )

- Perjalanan lebih selesa; pengangkutan darat spt Jalan raya yang diturap permukaannya 

- Perjalanan lebih selamat; pembinaan lorong berkembar, dan R&R

- Jalan raya meningkatkan tahap ketersampaian penduduk kepada sesuatu tempat terpencil;

- Lebuh raya memendekkan jarak dan mempercepatkan masa perjalanan

- Pencemaran udara berkurang; monorel, LRT dibina dan tidak mengeluarkan asap 

- Pencemaran bunyi berkurang; rel elektrik dibina yang tidak mengurangkan pengeluaran bunyi

Kesan Negatif

- Kesesakan lalu lintas; pertumbuhan pesat ekonomi dan penduduk

- Pencemaran udara; asap dari ekzos kenderaan

- Pencemaran bunyi; bunyi enjin - enjin kenderaan bermotor yang kuat dan bising



Langkah - langkah untuk mengatasi masalah : 

-  Menggunakan kenderaan yang menggunakan kuasa elektrik- mengawal sumber yang tidak boleh diperbaharui daripada habis spt petroleum

-  Berkongsi kenderaan atau menaiki pengangkutan awam ke sesuatu tempat - mengelakkan kesesakan lalu lintas

- Menguatkuasaan undang² - mengawal pengeluaran bunyi berlebihan oleh kenderaan berat/motosikal

- Menggunaan catalytic converter dalam ekzos kenderaan- menukar karbon monoksida yang beracun kepada karbon dioksida

- Kempen Penggunaan Petrol Tanpa Plumbum - mengurangkan pelepasan asap kenderaan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan